suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayaran 20 Sen Untuk Setiap Beg Plastik Pada Setiap Sabtu

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menjelaskan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik yang dikenakan kepada pengguna setiap Sabtu di seluruh negara adalah sempena Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik anjuran kementerian itu.

Peraturan itu yang dikuatkuasakan sejak 1 Jan lepas di semua pasar raya besar (hypermarket), supermarket, departmental store dan premis perniagaan terpilih di seluruh negara dibuat sempena Hari Tanpa Beg Plastik, menurut kenyataan akhbar kementerian itu di sini, Khamis.

Menurutnya pada setiap Sabtu, pengguna tidak lagi dibekalkan dengan beg plastik percuma tetapi dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik.

Wang hasil pembelian beg plastik oleh pengguna itu akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan terpilih di bawah program "Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)" syarikat tersebut, dan juga bagi pelaksanaan program-program kepenggunaan terutamanya yang berkaitan pemeliharaan alam sekitar. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain