suria

Komando TLDM Selamatkan Kapal Dagang MT Bunga Laurel

Beberapa anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) mengawal lanun-lanun berasal dari Somalia ketika di atas Kapal Auxiliary TLDM BUNGA MAS 5 di sini hari ini. Seramai tujuh daripada 18 lanun keseluruhannya ditangkap ketika barisan pertahanan negara sedang melaksanakan Operasi FAJAR yang sekali gus menyelamatkan Kapal MT BUNGA LAUREL daripada dirampas lanun di perairan Teluk Aden. Kejadian pada jam 11:40 malam semalam berlaku di kira-kira 300 batu nautika di Timur negara Oman, iaitu dua jam selepas Kapal MT BUNGA LAUREL selesai diiringi Kapal Auxiliary TLDM BM 5 melalui perairan Teluk Aden. Semasa rampasan lanun-lanun terbabit menggunakan senjata jenis senapang AK-47 dan pistol menaiki bot jenis ÔskiffÕ, mereka dipercayai turut menggunakan sebuah kapal induk bagi melancarkan serangan terbabit. Kapal MT BUNGA LAUREL adalah kapal jenis Chemical Tanker yang disewa oleh syarikat perdagangan MISC bagi membawa muatan minyak pelincir dan ethylene dichloride dari Timur Tengah ke Singapura. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah berjaya menghalang percubaan merampas sebuah kapal dagang Malaysia, MT Bunga Laurel oleh lanun Somalia di Teluk Aden pada Khamis.

Komando-komando dari kumpulan elit Pasukan Komando Laut (Paskal) menaiki kapal tambahan tentera laut Bunga Mas 5, diketuai Komander Nazri Sharif, tiba tepat pada masanya bagi menyelamatkan kapal tangki yang sedang menghala ke Singapura itu.

Seramai 18 lanun yang terbabit dalam serangan itu menyerah diri. Tujuh lanun menaiki Bunga Laurel manakala 11 lagi di kapal induk mereka.

Kapal tangki yang sarat dengan minyak pelincir dan 'etilena diklorida', telah diserang oleh lanun-lanun kira-kira 300 batu nautika (555km) dari Timur Oman pada 11.40 malam Khamis.

Tindakan pantas komando-komando telah menghalang daripada kerugian bernilai anggaran RM30 juta dan 23 anak-anak kapal Filipina yang menaiki kapal terselamat.

Ketua Tentera laut Admiral Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata Bunga Mas 5 baru saja selesai menghantar kapal tangki dan sebuah lagi pembawa gas asli cecair MISC, MT Seri Balhaf yang menuju ke Fujairah zon selamat dalam empat teluk yang dipanggil Easton.

“Pusat Aduan Kecemasan MISC menerima petunjuk kecemasan keselamatan kira-kira pukul 11.37 malam dari MT Bunga Laurel. MISC membuat panggilan telefon kepada Bunga Laurel tetapi tidak ada jawapan daripada kapal,” kata Abdul Aziz.

“Tepat pukul 11.40 malam, Bunga Mas 5 menghubungi pusat aduan melaporkan yang Bunga Laurel telah diserang dan lanun-lanun cuba menaiki kapal menggunakan sampan. Sebuah kapal induk disyaki berada di sekitar.

“23 anak kapal berjaya berkumpul di bilik enjin. Semua lampu dipadamkan dan enjin-enjin utama dimatikan,” katanya, sambil menambah percubaan lanun merempuh ke dalam kubu gagal.

Pasukan komando dalam dua bot, diketuai Leftenan Komander Maznan Said dan Leftenan Noor Asri Roslan, telah dihantar dari Bunga Mas 5 yang terletak sejauh 14 batu nautika (25.9km) pada 1.20 pagi.

Pada masa yang sama , helikopter penyerang Fennec tentera laut yang dipandu oleh Lt Jason Solomon John membuat tinjauan udara.

Tembakan berbalas antara lanun-lanun dari Bunga Laurel dan penembak hendap dari Bunga Mas 5 dan helikopter. Kapal induk lanun cuba untuk bergerak lebih dekat dengan Bunga Laurel tetapi dihalang.

Akhirnya, selepas menerima serangan Bunga Mas 5 dan helikopter, lanun-lanun memutuskan untuk menyerahkan melalui radio.

Artikel Sebelum

Artikel Lain