suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kaunter Perkeso Di KL & PJ Dibuka Setiap Sabtu Mulai 8 Januari

KUALA LUMPUR: Tiga kaunter pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Kuala Lumpur dan Selangor akan dibuka pada setiap hari Sabtu bermula pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari mulai Sabtu ini.

Ketua Eksekutif Perkeso, K.Selvarajah berkata, kaunter yang terlibat ialah ibu pejabat Perkeso di Jalan Ampang, pejabat Perkeso Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jalan Tun Razak dan pejabat Perkeso di Jalan Selangor, Petaling Jaya.

Beliau berkata, ketiga-tiga kaunter itu yang akan dibuka setiap Sabtu kecuali jika hari tersebut merupakan cuti umum bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pelanggan termasuk majikan, pekerja, orang tanggungan dan orang awam untuk berurusan dengan Perkeso.

"Perkhidmatan yang disediakan pada hari berkenaan ialah pendaftaran majikan atau pekerja, penerimaan tuntutan, pembayaran caruman dan pertanyaan am," kata Perkeso dalam satu kenyataan pada Rabu.

Perkeso boleh dihubungi melalui talian 03-4257 5755 atau laman sesawang www.perkeso.gov.my untuk keterangan lanjut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain