Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak Mula Beroperasi - Semasa | mStar

Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak Mula Beroperasi

KOTA SAMARAHAN: Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, yang memulakan perkhidmatan pesakit dalam pada Sabtu, akan beroperasi sepenuhnya dalam tempoh dua minggu lagi, kata Ketua Jabatan Kardiologi dan Pusat Penyelidikan Klinikal HUS Profesor Dr Sim Kui Hian.

Beliau berkata pusat jantung itu, kira-kira 15 kilometer dari Kuching, akan memulakan perkhidmatan pesakit luarnya Isnin ini.

"Semua pesakit jantung akan dipindahkan dari HUS ke Pusat Jantung di sini, secara berperingkat. Unit Kardiak HUS di Kuching akan ditutup perlahan-lahan. Kami menjangkakan pemindahan sepenuhnya menjelang 15 Januari.

"Dengan kemudahan terkini, kami mampu melakukan lebih lagi dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat," katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak Dr Zulkifli Jantan dan ratusan kakitangannya berhimpun untuk bergambar pada pembukaan peringkat awal Pusat Jantung HUS, Sabtu.

Pesakit pertamanya, yang berusia lingkungan 50-an dan diserang sakit jantung empat hari lepas, dibawa ke pusat itu dan didaftar masuk ke wad pada 1 petang.

Dr Alan Fong berkata pesakit itu dijangka pulih dengan baik.

Pusat yang menelan belanja RM400 juta itu beroperasi dengan 500 kakitangan dan 60 katil. Unit pesakit luarnya dijangka menerima lebih 20,000 pesakit tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka merasmikan pusat itu pada 16 Januari.- BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain