suria

Aktiviti Kebudayaan Perlu Selari Dengan Pemikiran Remaja: Dr S. Subramaniam

KUALA LUMPUR: Aktiviti kebudayaan perlu selari dengan pemikiran dan minat remaja bagi menarik perhatian mereka untuk menyertai bidang itu, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata ramai remaja pada masa sekarang tidak berminat melibatkan diri dalam aktiviti kebudayaan kerana aturcara yang membosankan dan penyampaian yang tidak selaras dengan cara kehidupan mereka.

"Kadang kala kita pun kena faham tentang cara mereka berfikir dan ambil langkah-langkah yang sesuai selaras dengan harapan mereka supaya dapat menarik minat dalam sesuatu aktiviti kebudayaan," katanya pada sidang media semasa Sambutan Tahun Baru 2011 di Temple of Fine Arts, Sabtu.

Selain itu, Subramaniam berkata remaja perlu didedahkan kepada peluang yang sedia ada serta manfaat yang dapat diperoleh melalui penglibatan mereka dalam aktiviti kebudayaan.

Katanya langkah ini dapat sekali gus mengubah sikap mereka yang mudah terlibat dalam gejala sosial kebelakangan ini.

"Langkah sihat ini sudah pasti akan berkesan sekiranya dilaksanakan secara meluas dan dapat mengelakkan seseorang remaja itu terpengaruh dengan persekitaran yang dapat membawa kesan buruk kepada diri mereka," katanya.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain