suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota PGA Cedera Parah, Kereta Rempuh Sekatan Jalan Raya

GEORGE TOWN: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera parah selepas sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol merempuh sekatan jalan raya di Jalan Paya Terubong, menghala Balik Pulau, di sini malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, dalam kejadian kira-kira 12.30 malam itu, Kpl Amirrul Fitri Norrizat tersepit di antara dua pacuan empat roda Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diletakkan di bahu jalan akibat rempuhan itu.

Seorang penunggang motosikal berusia 20 tahun yang sedang menunggu giliran untuk diperiksa dalam sekatan itu turut dirempuh yang menyebabkannya tercampak manakala motosikalnya diheret sejauh 150 meter, katanya.

Katanya, Amirrul Fitri, 25, dari Batalion 1, PGA, Ulu Kinta, Perak mengalami kecederaan parah pada paha kanannya manakala penunggang motosikal terbabit hanya mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Kereta yang dipandu lelaki berusia 33 tahun itu turut terbakar pada bahagian enjin bagaimanapun berjaya dipadamkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong yang tiba kira-kira lima minit kemudian, katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata, pemandu kereta berkenaan yang tidak cedera kini ditahan untuk siasatan kerana memandu secara melulu dan berbahaya. - BERNAMA

Artikel Lain