suria

Akta Perdagangan Strategik Berkuat Kuasa 1 Januari 2011

KUALA LUMPUR: Akta Perdagangan Strategik 2010, (STA)bertujuan mengekang percambahan senjata pemusnah besar-besaran, akan berkuat kuasa 1 Januari, 2011, demikian diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di sini, Khamis.

Akta itu yang diluluskan oleh Parlimen pada 6 Mei, 2010 adalah seiring dengan komitmen Malaysia terhadap pelaksanaan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 1540 (UNSCR 1540).

MITI berkata dalam kenyataan yang syarikat-syarikat diberi masa tiga bulan, bermula 1 Jan, 2011, untuk memohon permit eksport bagi barangan strategik kerana syarat untuk permit eksport akan dikuat kuasakan pada 1 April, 2010.

Permohonan permit eksport bagi kategori produk ini mesti dikemukakan kepada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB).

Butir mengenai prosedur permohonan boleh diperolehi di www.aelb.gov.my.

Permohonan permit eksport bagi kesemua barangan strategik yang lain iaitu barangan di bawah kategori barangan ketenteraan dan barangan duaguna - kategori 1-9, akan bermula pada 1 Julai, 2011 dan syarikat dikehendakki memohon permit eksport mulai 1 April, 2011. -BERNAMA

Artikel Lain