UPP Kelantan Rampas Beras Siam Bermutu Tinggi

TUMPAT: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan merampas 5,800 kilogram beras Siam bermutu tinggi dilonggokkan berhampiran sebuah setor di Kampung Banggol Stol, Rantau Panjang dipercayai oleh kumpulan penyeludup terancang dalam dua rampasan pada Jumaat lepas.

Komander UPP Kelantan, Mazlan Che Hamid berkata sebuah kereta digunakan untuk memunggah guni-guni berisi beras ke lokasi itu turut ditahan bersama 16 kampit beras yang tertera perkataan "Beras Malaysia" pada guni bagi mengelirukan pihak berkuasa.

"Seorang lelaki yang memandu kereta Proton jenis Gen-2 melarikan diri sebaik menyedari diekori anggota UPP di Kampung Banggol Stol," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, Isnin.

Mazlan berkata rampasan pertama dibuat pada pukul 11 malam 31 Disember lepas oleh sepasukan anggota yang menerima laporan daripada orang awam mengenai penemuan longgokkan guni-guni berisi beras Siam berdekatan sebuah setor di Kampung Banggol Stol.

Beliau berkata sejumlah 100 kampit beras Siam dengan setiap satu beratnya 50 kilogram bernilai kira-kira RM15,000, dipercayai diletakkan penyeludup bagi dimuatkan ke dalam treler ke Kuala Lumpur untuk pasaran, dirampas.

"Berdasarkan maklumat awam juga, tiga jam kemudian pasukannya menahan sebuah kereta jenis Gen-2 yang membawa 16 guni beras Siam bernilai RM2,400 di lokasi yang sama," katanya.

Mazlan berkata kedua-dua rampasan termasuk kereta itu dianggarkan bernilai RM37,400 dan semua rampasan diserahkan kepada Bahagian Pencegahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kelantan untuk tindakan lanjut. -BERNAMA

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain

Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia