suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

IPG Beri Tumpuan Tambah Baik Cara Pengajaran Subjek Sejarah

JITRA: Institut Pendidikan Guru (IPG) akan memberi tumpuan kepada usaha untuk menambah baik cara pengajaran Sejarah agar mata pelajaran itu dapat diajar dengan lebih berkesan di samping menarik minat pelajar untuk mempelajarinya.

Rektornya, Datuk Dr Haili Dolhan berkata adalah menjadi tanggungjawab IPG untuk melatih bakal guru supaya dapat menyampaikan pengajaran yang lebih berkesan sesuai dengan kehendak semasa.

"Para guru mesti mempastikan pembelajaran Sejarah menarik, bukan sahaja dari segi fakta sahaja tapi membawa mereka (pelajar) untuk memikirkan serta menganalisis mengapa sesuatu (peristiwa) berlaku.

"Kita mahu apabila mereka (pelajar) keluar dari sistem pendidikan, mereka memahami perlembagaan, sistem kerajaan dan menanam semangat patriotisme, sayangkan bangsa serta negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pendidikan Guru 2010 di IPG Kampus Darulaman di Institut Aminudin Baki cawangan Utara, di sini, Selasa.

Katanya, IPG memandang serius keberkesanan pengajaran Sejarah kerana ia merupakan mata pelajaran wajib bagi setiap pelajar, justeru untuk tujuan itu IPG akan mempertingkatkan latihan dalam perkhidmatan.

"Di negara lain pun, mereka sangat mementingkan Sejarah kerana dari situ pelajar akan faham dan tahu kedudukan mereka dalam sesebuah negara dan faham perjuangan orang terdahulu," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain