suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

142 Keluarga Miskin Tegar Bakal Miliki Rumah Sendiri

GUA MUSANG: Seramai 142 keluarga miskin tegar di sini bakal menikmati kehidupan lebih selesa dan memiliki rumah sendiri menerusi Program Penempatan Masyarakat Setempat (PNMS) di bawah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Pengurus Bahagian Perancangan dan Penilaian Kesedar Mohd Bashir Hamzah berkata projek perumahan, yang bermula tahun lepas itu, menelan belanja RM5 juta termasuk pembinaan dan infrastruktur seperti jalan raya.

"Projek perumahan itu merupakan satu perancangan baru Kesedar untuk membantu keluarga miskin tegar di jajahan Gua Musang.

"Rumah tersebut mempunyai tiga bilik itu diberikan secara percuma kepada keluarga terlibat," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini pada Isnin.

Projek perumahan yang dinamakan Kesedar Sejahtera, katanya telah pun siap dibangunkan atas tanah milik Kesedar sepenuhnya.

Mengenai senarai penerima yang layak untuk menerima rumah tersebut, Mohd Bashir berkata ia masih dalam proses pemilihan. - BERNAMA

Artikel Lain