suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

656 Ditahan Cetak Filem Tanpa Sijil Dan Pornografi

KOTA BAHARU: Seramai 656 individu ditahan sepanjang temph Januari hingga Ogos tahun ini kerana melakukan kesalahan mencetak filem-filem dari luar negara tanpa kelulusan selain memiliki filem lucah.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri, S. Tanasengran berkata, kebanyakan tangkapan dibuat melalui operasi berkala, operasi segera dan pemeriksaan di premis-premis perniagaan atau pasar malam dan gerai-gerai yang memiliki dan menjual VCD dan DVD secara haram.

"Individu yang ditahan biasanya bersabit kesalahan tiada sijil B iaitu bayaran untuk mendapatkan sijil bagi membuat salinan VCD dan DVD serta memiliki VCD dan DVD pornografi," katanya kepada Bernama hari ini.

Tanasengran berkata sebanyak 2,469 operasi telah dijalankan sepanjang lapan bulan itu melibatkan rampasan 643,116 VCD dan DVD bernilai RM5.2 juta. - BERNAMA

Artikel Lain