suria

27 Penjawat Awam Antara 57 Individu Ditahan Babitkan Kes Rasuah Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Sebanyak 27 penjawat awam adalah antara 57 individu yang ditahan bagi membantu siasatan membabitkan kes rasuah di negeri ini dalam tempoh lapan bulan tahun ini.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Datuk Latifah Md Yatim berkata selebihnya individu yang ditahan itu adalah golongan profesional, pekerja swasta dan orang awam.

"Daripada jumlah mereka yang ditahan itu, 27 individu telah didakwa ke mahkamah," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka sempena Hari raya Aidil Fitri anjuran SPRM di sini hari ini.

Beliau berkata kejayaan SPRM meningkatkan kes tangkapan itu adalah hasil kerjasama orang ramai yang memberi maklumat kepada Suruhanjaya itu.

SPRM sentiasa menyambut baik sebarang maklumat yang diberikan dan berharap untuk mendapat kerjasama orang awam bagi membanteras kegiatan rasuah di negara ini, katanya. - BERNAMA

Artikel Lain