Abang Usahawan India Beri Kenyataan Kepada Suruhanjaya Tinggi India

KUALA LUMPUR: Dua abang usahawan India, Allal Kanthan Muthuraja yang dilaporkan hilang sejak awal tahun ini, Isnin memberi kenyataan berhubung perkara itu kepada pegawai kanan Suruhanjaya Tinggi India di Jalan Taman Duta di sini.

Vijaya Subramaniam dan adiknya, Dr Kasi Viswanathan tiba di bangunan suruhanjaya tinggi itu pada 3.30 petang dengan ditemani bekas anggota Majlis Tertinggi MIC K P Samy, sebelum dilihat beredar keluar dari bangunan kira-kira 5 petang.

Dr Kasi berkata mereka akan berada di ibu kota sehingga kes kehilangan Muthuraja selesai, manakala ibu bapa mereka akan datang jika diminta berbuat demikian oleh Polis Diraja Malaysia.

"Kami menunggu polis Malaysia memberikan jemputan rasmi kepada kedua ibu bapa kami... Saya akan berada di sini sehingga masalah selesai," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar bangunan suruhanjaya tinggi di sini, Isnin.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai kedatangan kedua-dua abang jutawan itu.

"Pihak polis tidak mengetahui tentang kehadiran mereka, mungkin mereka dijemput oleh pihak suruhanjaya," katanya.

Muthuraja, 34, dilaporkan hilang selepas dipercayai dijemput dua peguam rakyat tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, sejurus tiba di Malaysia pada 18 Jan lepas.

Isteri mangsa, S Usharani, 24, membuat laporan mengenai kehilangan suaminya di Balai Polis Banting pada 8 Sept lepas, dan memberi keterangan berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat Jumaat lepas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Emas OKU Maut Dalam Kemalangan

Artikel Berikut

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain