suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zaid Akui Gagal Saingi Pencalonan Azmin

PETALING JAYA: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Wilayah Persekutuan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim mengakui gagal menyaingi pencabarnya, Mohamed Azmin Ali dari segi jumlah pencalonan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan November ini.

Bagaimanapun beliau yakin akan menerima lebih banyak pencalonan daripada cabang PKR di seluruh negara yang mula mengadakan pemilihan peringkat itu bermula Jumaat lalu sehingga 3 Oktober depan.

"Nak lawan (jumlah pencalonan) Azmin tak bolehlah, beliau mesti lagi banyak daripada saya.

"Tapi saya yakin ada banyak lagi cabang-cabang lain yang akan menyatakan sokongan dalam bentuk pencalonan kepada saya nanti," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.

Sehingga semalam, sebanyak 86 cabang PKR selesai mengadakan mesyuarat masing-masing.

Difahamkan seramai empat pemimpin layak bertanding bagi merebut jawatan nombor dua parti didahului dengan Mohamed Azmin yang juga Naib Presiden PKR yang mendapat sebanyak 36 pencalonan.

Tiga yang lain ialah Zaid dengan 19 pencalonan, Pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub (10) dan Pengarah Strategik PKR, Tian Chua (2).

Mengulas lanjut mengenai proses pemilihan yang sedang berlangsung, Zaid berkata beliau berpuas hati dengan perkembangan sepanjang tiga hari pemilihan itu.

"Sehingga kini saya berpuas hati, nampaknya semua berjalan dengan lancar dan pencalonan terhadap saya juga menunjukkan proses demokrasi diamalkan dengan baik," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain