suria

Ahli Perniagaan Mengaku Bersalah Eksport 95 Ular Tanpa Permit

SEPANG: Seorang ahli perniagaan pada Khamis, membayar ikat jamin RM50,000 selepas Mahkamah Sesyen semalam membenarkan beliau diikat jamin terhadap pertuduhan mengeksport 95 ekor ular berbahaya tanpa permit minggu lalu.

Semalam mahkamah membenarkan Wong Keng Liang, 52, diikat jamin dengan seorang penjamin, dan memerintahkan beliau menyerahkan pasportnya kepada mahkamah, selepas beliau mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Wong didakwa mengeksport ular Boa constrictor iaitu spesies berjadual di dalam Lampiran Ketiga di bawah Akta Perdagangan Antarabangsa mengenai spesies terancam 2008.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pada kira-kira jam 8.50 malam 26 Ogos lalu.

Ular-ular itu dijumpai di dalam bagasinya ketika dia dalam transit dari Pulau Pinang ke Jakarta.

Hakim Zulhelmy Hasan menetapkan 6 September ini untuk sebutan kes, dan Wong hanya dapat membayar jaminan tersebut hari ini.

Di bawah akta itu, jika disabit kesalahan Wong boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa Faridz Gohim Abdullah. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain