suria

Bekas Jaguh Badminton Tukar Gelanggang

Ang Li Peng menunjukkan gambarnya ketika tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang University of Manchester.
Ang Li Peng menunjukkan gambarnya ketika tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang University of Manchester.
Ang Li Peng menunjukkan gambarnya ketika tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang University of Manchester.

KUALA LUMPUR: Pemain badminton yang berjaya merangkul pingat emas pada Sukan Komanwel 2002, Ang Li Peng mengubah haluan kerjayanya sejak 2003 apabila tidak lagi aktif dalam bidang sukan.

Wanita muda tabah dari Banting, Selangor berusia 29 tahun itu berjaya mengecapi cita-citanya memperoleh ijazah undang-undang setelah tamat pengajian di University of Manchester.

Ramai pihak mempersoalkan keputusan Ang apabila dia menggantung raket pada kemuncak kerjayanya setelah memenangi pingat emas menerusi kategori beregu bersama Lim Pek Siah pada Sukan Komanwel 2002 di Manchester.

Pasangan itu mencipta sejarah apabila muncul sebagai pemain negara pertama yang memenangi acara tersebut.

"Saya telah mencapai impian ulung untuk merangkul pingat emas sebelum bersara. Berapa ramai orangkah berpeluang berbuat demikian?" ujar gadis yang dahulunya pemalu, kini mempunyai keyakinan baru sebagai graduan undang-undang.

Kejayaan Ang di dalam dan luar gelanggang sudah tentunya tidak dicapai dengan mudah.

"Dahulu saya tidak pandai berbahasa Inggeris dengan betul dan gagap. Bayangkan kesukaran saya menduduki A-Level pada 2005, tujuh tahun selepas SPM," katanya.

Ang menambah, keputusan bersara awal dibuat berikutan kesedaran bahawa pendidikan dapat menjamin masa depan cerah baginya.

Mengakui beberapa ketika dia rasa ingin mengalah, tetapi dia juga berkata, telah kehilangan arah pada satu ketika.

Nasib menyebelahinya kerana Ang tidak pernah menjadikan alasan-alasan itu menjejaskan dirinya.

Hasilnya, gadis itu berjaya menamatkan A-Level sebelum melanjutkan Ijazah Sarjana Muda Perundangan di universiti tersebut.

"Memang menakutkan bagi pemain baru seperti saya bermain dengan Lin Dan, yang menujukan pukulan tidak dijangka seluruh gelanggang.

"Tapi pemain itu boleh memperbaiki (prestasinya) bermain dengan dia (Lin Dan) beberapa kali," katanya.

Ang turut memberikan penghargaan istimewa buat keluarga dan rakan-rakan seperti pencinta badminton, Datuk Seri Andrew Kam, yang memiliki kelab badminton KLRC dan menaja ramai pemain di seluruh dunia.

Tambahnya, dia mengambil jurusan itu kerana percaya dengan "keadilan dan kesaksamaan".

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain