117 Guru Di Sabah Diberi Surat Tunjuk Sebab Langgar Tatatertib - Semasa | mStar

117 Guru Di Sabah Diberi Surat Tunjuk Sebab Langgar Tatatertib

TAWAU: Sehingga kini seramai 267 guru di Sabah didapati melanggar tatatertib ketika bertugas dan daripada jumlah itu 117 orang telah diberi surat tunjuk sebab.

Pengarah Pelajaran negeri Dr Muhiddin Yusin berkata bakinya seramai 150 orang akan diberi surat tunjuk sebab tidak lama lagi.

Antara kesalahan yang dilakukan mereka ialah datang lewat, ponteng serta pelbagai lagi termasuk gagal melaksanakan tugas yang diberi, katanya berucap merasmikan sambutan Hari Guru peringkat daerah Tawau, di sini hari ini.

Beliau berkata Jabatan Pelajaran Sabah kini mengambil langkah tegas dalam menangani masalah tersebut selaras dengan usaha kerajaan yang mahu memastikan profesion perguruan terus dipandang tinggi oleh masyarakat.

Sehubungan itu katanya, beliau sendiri akan melakukan lawatan mengejut ke sekolah-sekolah dari semasa ke semasa bagi memastikan guru sentiasa mematuhi tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Beliau berkata guru perlu sentiasa berusaha meningkatkan kebolehan diri dan melaksanakan tanggungjawab mendidik generasi muda agar golongan itu bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran tetapi juga daripada segi akhlak dan perlakuan.

Pada majlis berkenaan, tiga bekas guru iaitu Mazlan Abdullah, Abdawah Assanda dan Lim Vo Chin menerima anugerah Tokoh Guru, sementara Sekolah Menengah Kebangsaan Kinabutan dan Sekolah Kebangsaan Bombalai masing-masing menjadi penerima sulung anugerah "School Of The Year". - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain