Penternak Ayam Laga Didakwa Bunuh Bapa - Semasa | mStar

Penternak Ayam Laga Didakwa Bunuh Bapa

SHAH ALAM: Seorang penternak ayam laga dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan membunuh bapanya yang berusia 68 tahun pada Ogos tahun lepas.

Lim Kim Huat, 45, didakwa bersama-sama dua orang lagi, yang masih bebas, membunuh Lim Giek Poh, seorang ahli perniagaan di alamat No: 12, Jalan Anggerik Oncidium 31/ 78 A, Kota Kemuning, Seksyen 31 di sini, antara pukul 10 malam, 20 Ogos hingga pukul 3.30 pagi, 21 Ogos 2009.

Tertuduh yang ditangkap pada 4 Jun lepas didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Kim Huat mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam Bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah. Tiada pengakuan direkodkan.

Timbalan Pendakwa Raya R. Hemavthi memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi di sini.

Peguam Gerard Lazarus, yang mewakili tertuduh, memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan representasi berhubung tuduhan terhadap anak guamnya.

Majistret Hafizah Abdul Rajak kemudian menetapkan 20 Julai ini untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain