suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Maut Kereta Dirempuh Bas Di Jalan Kuantan-Gambang

KUANTAN: Seorang wanita terbunuh selepas kereta yang dipandunya dirempuh sebuah bas dalam satu kemalangan di kilometer 10, Jalan Kuantan-Gambang, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada 9.30 pagi itu, Maimun Abdullah, 64, meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang kereta itu, Suharto Wiryadi, 53, dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) setelah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dada.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner (ACP) Mohd Jasmani Yusoff berkata, ketika kejadian, kereta yang dipandu Maimum dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Gambang.

"Kenderaan berkenaan yang berada di lorong kiri jalan dipercayai masuk ke lorong kanan jalan sebelum dirempuh dari arah belakang oleh sebuah bas yang menuju ke Bahau dari laluan yang sama," katanya.

Beliau berkata bas yang membawa 20 penumpang itu kemudian mengheret kereta tersebut sehingga ke pembahagian jalan dan melanggar beberapa batang pokok sebelum kedua-dua kenderaan terbalik di jalan bertentangan.

Kesemua penumpang bas berkenaan mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan pesakit luar.

Seorang penumpang bas, Saniah Jahari, 46, berkata, beliau melihat kereta itu cuba mengelak pelepah pokok yang terjatuh di atas jalan sebelum memasuki laluan di hadapan bas. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain