Proton Tandatangani Perjanjian Kolektif Dengan Dua Kesatuan Pekerja - Semasa | mStar

Proton Tandatangani Perjanjian Kolektif Dengan Dua Kesatuan Pekerja

SHAH ALAM: Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB) dan Proton Tanjung Malim Sdn Bhd (PTMSB) menandatangani perjanjian kolektif dengan kesatuan pekerja masing-masing yang memasukkan faedah-faedah kewangan dan sosial yang lebih baik.

Perjanjian-perjanjian itu meliputi tempoh tiga tahun mulai 1 Jan, 2010, dan termasuk kenaikan gaji sebanyak purata 7.5 peratus bagi semua jawatan.

"Perjanjian itu dibuat bagi membolehkan Proton kekal sebagai majikan yang berdaya saing dalam industri automotif Malaysia," kata Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Berucap pada upacara menandatangani perjanjian itu di sini hari ini, beliau berkata perjanjian-perjanjian itu akan memberi manfaat kepada 4,195 pekerja PONSB dan 2,204 pekerja PTMSB dengan penambahbaikan elaun pengangkutan, bantuan dobi, faedah perubatan dan sumbangan kematian.

"Perjanjian itu akan melahirkan tenaga kerja yang mahir dan bermotivasi, serta memperoleh komitmen pekerja terhadap peningkatan produktiviti," kata Syed Zainal.

"Ia juga akan menggalakkan kewujudan iklim industri yang harmoni dan menimbulkn kesedaran di kalangan pekerja tentang kesan Dasar Automotif Negara," katanya.

Ini merupakan perjanjian kolektif kelapan yang ditandatangani oleh PONSB dan yang kedua bagi PTMSB.

Syed Zainal menandatangani bagi pihak Proton manakala Kesatuan Pekerja PONSB diwakili oleh Presidennya, Mohammad Fauzei Yusuf, dan Kesatuan Pekerja PTMSB ole Presidennya, Mohd Yusmar Omar.

Pemeteraian perjanjian itu disaksikan oleh Pengerusi Proton, Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain