suria

Tuanku Mizan Berangkat Ke Istiadat Mengarak Panji-Panji

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin memberikan tabik hormat sejurus tiba di Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Dataran Merdeka di sini, hari ini. Turut hadir Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah (dua, kanan), Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (dua, kiri) dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (kiri).-Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berangkat ke istiadat mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Merdeka di sini.

Istiadat sembah ikrar taat setia Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Seri Paduka selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera itu diadakan sempena sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Turut hadir pada upacara itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Keberangkatan tiba pasangan diraja di Dataran Merdeka tepat pada pukul 8 pagi disambut dengan lagu Negaraku serentak dengan tembakan meriam 21 das.

Seri Paduka kemudian menaiki pentas untuk menerima tabik hormat pasukan kawalan kehormatan yang dianggotai pegawai dan anggota daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.

Pada masa yang sama lima pesawat helikopter milik ATM yang masing-masing membawa bendera Malaysia, ATM, Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut (TLDM) dan Tentera Udara (TUDM) terbang di ruang udara Dataran Merdeka untuk upacara lintas hormat.

Seri Paduka kemudiannya memeriksa perbarisan terdiri daripada 23 pegawai dan 505 anggota ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM dengan diiringi Panglima ATM Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan Ketua Perbarisan Leftenan Kolonel Habibullah Ismail.

Sebaik selesai pemeriksaan barisan, Gabungan Pancaragam Pusat ATM diketuai Leftenan Mohd Shaharuddin Shaari masuk membuka medan sekaligus istiadat mengarak Panji-panji Yang di-Pertuan Agong menyusul kemudiannya dengan penuh istiadat ketenteraan, dalam tempo kawad perlahan dan cepat.

Laungan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali oleh anggota perbarisan bergema di Dataran Merdeka pada penghujung istiadat disusuli dengan bacaan doa.

Tuanku Mizan kemudian sekali lagi menerima tabik hormat daripada pasukan kawalan kehormatan dan lintas hormat oleh kelima-lima pesawat ATM itu, sebelum berangkat meninggalkan majlis itu.

Iringan muzik lagu-lagu patriotik dimainkan Pancaragam Pusat ATM sepanjang istiadat itu berlangsung menyerikan lagi majlis penuh warna-warni itu.

Turut hadir ke istiadat itu ialah pegawai-pegawai kanan daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM, atase pertahanan beberapa kedutaan serta suruhanjaya tinggi di negara ini dan orang ramai.

Istiadat itu turut disiarkan secara langsung melalui saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM). -BERNAMA

Artikel Lain