73 Kes Baru H1N1 Dilaporkan Sehingga Semalam - Semasa | mStar

73 Kes Baru H1N1 Dilaporkan Sehingga Semalam

PUTRAJAYA: Sejumlah 73 kes baru H1N1 dilaporkan petang semalam, menjadikan jumlah terkumpul kes berkenaan sebanyak 13,962 setakat ini.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, kes ILI yang masih dirawat pula adalah 616 kes dan daripada jumlah itu, 92 disahkan sebagai H1N1.

Katanya, sepuluh kes masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan lapan daripadanya dikategorikan sebagai kes yang berisiko.

"Bagaimanapun, tiada kematian terbaru yang dilaporkan dan jumlah kematian buat masa ini masih kekal 82 orang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Ismail berkata, penularan wabak H1N1 masih aktif di dalam komuniti, justeru langkah-langkah penjagaan perlu diamalkan dengan serius.

"Mereka yang mempunyai gejala ILI seperti demam, batuk, selsema dan sakit tekak dinasihatkan supaya tidak mengunjungi tempat awam dan hendaklah memakai penutup hidung dan mulut apabila berhubung dengan orang lain.

"Mereka juga perlu mendapatkan rawatan pada kadar segera terutamanya jika mereka termasuk dalam golongan yang berisiko tinggi," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut