suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zahid Minta Anggota UMNO Henti Budaya "Politik Sate"

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan anggota Umno agar tidak terjebak dalam budaya 'mengipas' pucuk pimpinan untuk menjaga kepentingan diri sendiri.

Beliau berkata ini kerana pemimpin atasan tahu siapa yang benar-benar bekerja dan siapa yang mengampu.

"Cukuplah politik 'kipas sate', kita sekarang dalam proses transformasi.

"Angin perubahan telah berlaku," katanya semasa berucap merasmikan majlis pengagihan peruntukan kepada tiga sayap dan 31 cawangan Umno Bahagian Cheras, di sini malam tadi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata pucuk pimpinan tertinggi Umno sentiasa memantau barisan kepimpinan di bawah bagi mengenal pasti golongan yang bekerja untuk parti dan mereka yang mengampu untuk diri sendiri.

Pada majlis itu setiap cawangan menerima RM1,000 untuk mengadakan mesyuarat mereka sementara sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian itu masing-masing menerima RM10,000.

Mesyuarat peringkat cawangan akan bermula 1 Mei hingga 15 Jun ini, manakala persidangan perwakilan bahagian serta ketiga-tiga pergerakan akan berlangsung dari 16 Jun hingga 16 Julai ini. - BERNAMA

Artikel Lain