200 Majikan Diambil Tindakan Kerana Cuai Aspek Keselamatan Tahun Lepas

KUALA LUMPUR: Lebih 200 kes membabitkan kecuaian majikan dalam aspek berhubung keselamatan di tempat kerja dibawa ke mahkamah sepanjang tahun lepas, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata, dalam tempoh itu juga Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan membuat pemantauan ke atas lebih 10,000 tempat kerja di samping membuat pemeriksaan berkaitan tahap keselamatan ke atas 126,859 mesin-mesin yang digunakan pekerja.

"Walaupun pada keseluruhan keadaan memuaskan, tetapi tahun lepas beberapa kemalangan di tempat kerja yang sepatutnya boleh dielakkan terus berlaku," katanya pada satu persidangan media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Keselamatan ExxonMobil, di sini hari ini.

Beliau berkata kesedaran di kalangan majikan terhadap pentingnya mewujudkan kawasan kerja yang selamat perlu ditingkatkan agar matlamat 'Zero Accident and Zero Mortality' dapat dicapai.

Katanya, selain itu pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana syarikat yang menerima sesuatu pekerjaan di luar skop kepakaran mereka dan boleh mendatangkan bahaya kepada pekerja.

"Contohnya dalam satu kejadian di Sabah baru-baru ini, sebuah syarikat diberi tanggungjawab membersihkan satu tangki, dan (akibatnya) enam orang meninggal dunia kerana di situ ada karbon monoksida yang terlampau banyak," katanya.

Dalam kejadian di Kampung Lawa, Beaufort, kira-kira 120km dari Kota Kinabalu, Sabah pada 21 Mac lepas, enam pekerja warga Filipina maut selepas dipercayai terhidu gas beracun ketika mereka sedang membaiki tangki air di loji rawatan air di kampung itu.

"Hasil siasatan, kami mendapat tahu yang mereka (pekerja itu) tidak mempunyai pengetahuan dan pengiktirafan untuk buat kerja-kerja tersebut," kata Subramaniam.

Beliau berkata, mana-mana syarikat yang didapati menerima pekerjaan di luar skop kepakaran mereka dan terbabit dalam tugas-tugas yang boleh membahayakan pekerja, boleh dikenakan denda sehingga RM50,000, atau dipenjara, atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain