suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suntikan HPV Untuk 17,000 Pelajar Tingkatan Satu Di KL Dan Putrajaya Mei Ini

KUALA LUMPUR: Seramai 17,000 pelajar perempuan Tingkatan Satu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan diberikan suntikan pelalian virus 'human papilloma' (HPV) mulai Mei ini untuk mengurangkan risiko kanser pangkal rahim.

Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya Dr Zainol Ariffin Pawanchee berkata bagaimanapun suntikan itu hanya akan diberi kepada pelajar selepas memperolehi kebenaran ibu bapa mereka.

"Yang mana tidak bersetuju mereka tidak akan mendapat peluang lagi. Jika mereka nak, mereka kena ambil sendiri iaitu menelan kos sebanyak RM1,000," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Kanser Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya 2010, di sini semalam.

Beliau berkata setiap pelajar akan diberi tiga suntikan pelalian HPV iaitu dos pertama pada Mei, dos kedua pada Jun dan dos ketiga pada November.

Tiga suntikan ini akan meningkatkan ketahanan badan seseorang terhadap risiko menghidap kanser pangkal rahim yang dikenalpasti sebagai salah satu punca utama kematian pada kalangan wanita, katanya.

Dr Zainol Ariffin berkata sebanyak 104 sekolah akan terlibat dalam program itu iaitu 90 sekolah menengah kebangsaan, 13 sekolah persendirian dan satu sekolah pendidikan khas. - BERNAMA

Artikel Lain