suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

205 PATI Warga Indonesia Ditahan Cuba Melarikan Diri

TAWAU: Seramai 205 pendatang tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan dalam sebuah feri penumpang kerana cuba meninggalkan negara ini melalui Tawau secara haram lewat petang tadi.

Jurucakap Jabatan Imigresen Tawau Surend Jayshee Praser berkata kesemua PATI berkenaan termasuk 55 wanita dan 31 kanak-kanak yang berumur antara tiga dan 58 tahun itu, ditahan ketika feri yang mereka naiki cuba berlepas ke Nunukan, Indonesia kira-kira pukul 5.15 petang.

"Kesemua penumpang berkenaan menaiki perahu pete-pete (sejenis perahu kecil berinjin sangkut) dari pantai ke feri penumpang yang menunggu mereka di tengah laut," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Katanya selepas diperiksa didapati kesemua penumpang dalam feri berkenaan tidak mempunyai dokumen sah yang membolehkan mereka meninggalkan negara ini.

Menurutnya mereka dihantar ke Pusat Tahanan Sementara PATI di Jalan Utara bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15 (c) Akta yang sama.

Beliau berkata juragan feri berkenaan turut ditahan dalam operasi yang disertai 25 anggota yang diketuai Ketua Imigresen Tawau Syamil Chelvam Shah Abdullah bagi membantu sisatan kerana disyaki melanggar Akta Imigresen.

Artikel Sebelum

ZAID YANG SAYA KENALI...

Artikel Berikut

Artikel Lain