suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

5 Maut, 5 Parah Dua Kereta Bertembung Di Lebuh Raya Kesas

SHAH ALAM: Lima maut manakala lima lagi cedera parah selepas dua buah kereta bertembung dalam kemalangan di Lebuh Raya Kesas berhampiran Pendamar dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam, empat daripada enam sahabat meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta Proton Iswara yang mereka naiki terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah kereta Honda Civic yang dinaiki empat sekeluarga.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Klang, Deputi Supritendan Rosli Abdul Rahman berkata empat mangsa itu belum dikenal pasti manakala seorang lagi yang terkorban ialah pemandu Honda Civic dikenali sebagai Supian Saliman, 41.

Tiga daripada mangsa mati di tempat kejadian sementara dua lagi meninggal di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, katanya.

Rosli berkata daripada lima yang cedera, dua adalah kanak-kanak iaitu Aisyah Maisara, enam tahun dan abangnya, Syaril Saszean, 10, dan ibu mereka, Fairuz Mohamad Sharip, 41.

Dua lagi mangsa belum dikenal pasti, katanya.

Beliau berkata berdasarkan pakaian mereka keenam-enam sahabat itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari Pulau Indah menuju ke Shah Alam selepas mengikuti latihan taekwando. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain