Tukang Masak Dipenjara, Sebat Minum Arak - Semasa | mStar

Tukang Masak Dipenjara, Sebat Minum Arak

KUANTAN: Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun dan enam sebatan ke atas seorang tukang masak Maahad Tahfiz Kuantan yang mengaku bersalah meminum arak.

Mohd Sabri Zulkepli, 24, mengaku bersalah meminum arak di kompleks membeli belah Kuantan Parade pada 13 Februari lepas jam 5.30 petang dan didakwa mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentabdiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1987.

Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Md Yunos ketika menjatuhkan hukuman itu berkata, hukuman penjara dan sebatan itu adalah sebagai pengajaran supaya tertuduh dapat menginsafi diri daripada perbuatan itu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam sebelum itu memohon supaya hukuman ke atasnya diringankan memandangkan pendapatannya sebagai tukang masak hanyalah RM550 sebulan.

Tertuduh yang belum berkahwin, sebelum ini mengaku tidak bersalah pada 18 Februari lepas ketika mula didakwa, sebelum menukar pengakuan kepada bersalah pada 13 Mac dan mengekalkan pengakuan bersalah pada 24 Mac lepas.

Hakim menetapkan hukuman penjara itu berkuatkuasa bermula daripada tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 13 Feb lepas.

"Hukuman sebat akan dilaksanakan ketika tertuduh menjalani hukuman penjara itu," kata Abdul Rahman.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Syarie Farhana Md Yusuf. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain