21 Orang Cedera Akibat Gempa Di Aceh

JAKARTA: Seramai 21 penduduk Pulau Simeulue mengalami kecederaan dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter yang melanda Sinabang, Aceh, pada awal pagi tadi.

Mangsa yang cedera, akibat terkena runtuhan tiang bangunan, diberi rawatan oleh pasukan perubatan di khemah sementara di Desa Gunung Putih, Teluk Dalam, Simeuleu.

Berdasarkan maklumat agensi berita ANTARA dari Simeulue, empat daripada mangsa-mangsa itu mengalami cedera parah.

Sehingga ini, belum ada laporan kematian akibat kejadian pada pukul 5.15 pagi itu.

Timbalan Gabenor Aceh, Muhammad Nazar, telah melawat mangsa yang dirawat di pusat rawatan sementara yang terletak di kawasan terbuka sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku gempa susulan di wilayah kepulauan itu.

Muhammad Nazar dipetik sebagai berkata bekalan elektrik di kawasan Simeulue telah terputus berikutan kira-kira 30 tiang kabel elektrik tumbang di atas jalan raya.

Katanya bekalan elektrik dijangka dapat dipulihkan dalam masa beberapa hari lagi.

Gempa bumi itu merupakan yang terbesar sejak gempa bumi berkekuatan 8.9 pada skala Richter yang disertai tsunami di Aceh pada 26 Disember, 2004. Dalam kejadian 2004 itu, lebih 200,000 penduduk Aceh terkorban. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain