suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akta Sewa Beli Dipinda Elak Penarik Kereta Bertindak Luar Batasan

BERA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan akan meminda Akta Sewa Beli 1967 bagi melindungi hak-hak pengguna, termasuk tidak menjadi mangsa kepada penarik kereta yang bertindak di luar batasan.

Beliau berkata draf akta tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dan kini pada peringkat akhir penelitian sebelum dibentangkan di Parlimen.

"Di bawah pindaan Akta Sewa Beli, tindakan boleh diambil ke atas aktiviti menarik dan melelong kenderaan kerana amalan sekarang tidak telus. Melalui pindaan itu, tiada lagi penarik kereta dibenarkan berbuat demikian kerana ia amat tidak adil dan membebankan pengguna," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi Parlimen Bera di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar hari ini berkenaan penarik kereta di Alor Setar, Kedah yang menahan seorang suri rumah bersama tiga ahli keluarganya selama dua jam kerana tidak menjelaskan tunggakan bayaran bulanan kereta.

"Tindakan penarik kereta yang rakus dan ganas seperti itu sangat tidak berperikemanusiaan. Ia seolah-olah negara kita tidak mempunyai undang-undang untuk pengguna dan ia tidak patut dibiar berlaku sama sekali," kata Ismail Sabri.

Ismail Sabri berkata mana-mana pihak tidak boleh bertindak menahan atau mengurung orang awam atas sebab hanya kerana gagal membayar tunggakan kereta.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Bera berkata pengguna yang menghadapi situasi sedemikian berhak melaporkan kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan perlindungan sewajarnya.

"Kementerian memandang serius kejadian yang menimpa keluarga terbabit dan dengan pindaan akta itu nanti kita berharap tidak lagi berlaku kejadian sedemikian," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain