suria

25 PATI Ditahan Di Langkawi Dalam Ops Bersepadu Khas

LANGKAWI: Polis Langkawi menahan 25 pendatang tanpa asing (PATI) termasuk dua kanak-kanak warga asing kerana pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu khas di sekitar pulau itu malam tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintenden Ishak Hasan berkata daripada jumlah itu, 15 orang PATI adalah warga India, Indonesia (6), Thailand (3) dan seorang warga Bangladesh.

Kesemua mereka tidak mempunyai dokumen sah, katanya di sini hari ini.

Katanya operasi itu diadakan bersama beberapa agensi termasuk Jabatan Imigresen dan kesemua pendatang tanpa izin itu diserahkan kepada agensi berkenaan untuk tindakan selanjutnya. - BERNAMA

Artikel Lain