KUALA LUMPUR: Sebanyak 101 calon akan merebut 31 jawatan , dan seperti yang dijangkakan pertandingan tiga penjuru bagi merebut jawatan nombor satu parti pada pemilihan 28 Mac ini selepas tempoh pencalonan ditutup petang semalam.
Penyandang, Datuk Seri Ong Tee Keat akan dicabar oleh bekas timbalannya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan bekas presiden, Tan Sri Ong Ka Ting.
10 calon akan bertanding merebut jawatan naib presiden sementara 86 lagi bagi jawatan Ahli CC.
Setiausaha Agung MCA, Datuk Wong Foon Meng mengumumkan penutupan tempoh pencalonan pada pukul 5 petang sebelum memberikan tempoh bantahan selama 30 minit.
Tiada sebarang bantahan dikemukakan.
Calon-calon adalah seperti berikut:
PRESIDEN
1. Datuk Seri Ong Tee Keat
2. Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
3. Tan Sri Ong Ka Ting
TIMBALAN PRESIDEN
1. Datuk Seri Kong Cho Ha
2. Datuk Seri Liow Tiong Lai
NAIB PRESIDEN
1. Datuk Loke Yuen Yow
2. Datuk Seri Dr Ng Yen Yen
3. Edward Khoo Keok Hai
4. Datuk Donald Lim Siang Chai
5. Datuk Dr Yeow Chai Thiam
6. Datuk Chor Chee Heung
7. Gan Ping Sieu
8. Datuk Yew Teong Look
9. Alex Wong Siong Hwee
10. Datuk Yap Pian Hon
AHLI JAWATANKUASA PUSAT
1 Ong Soon Boon
2. Yip Chee Kiong
3. Kee He Choon
4. Wong Jee Yai
5. Tan Ken Ten
6. Yoo Wei How
7. Gan Hong Su
8. Gan Tian Loo
9. Loh Seng Kok
10. Lau chiek Tuan
11. Chong Itt Chew
12. Sim Eng Peng
13. Lim Eng Kok
14. Leong Siew Kam
15. Koo Chin Nam
16. Chuah Poh Khang
17. Lee Hong Tee
18. Tay Puay Chuan
19. Ong Chong Swen
20. Ho Yoon Peng
21. Kian Sit Har
22. Theng Book
23. Heng Chai Hwg
24. Koh Nai Kwong
25. tan Kok Hor
26. Yong Chew Leong
27. Chee Siew Chen
28. Tan Ah Eng
29. Chew Lee Geok
30. Wee Jeck Seng
31. Tee Siew Kiong
32. Son Thiam Hock
33. Tan Chai Ho
34. Wong Kook Mun
35. Thong Fah Chong
36. Dr Jeffrey Goh
37. Ei Kim Hock
38. Dr Por Choo Chor
39. Lee Ban Seng
40. Datuk Chan Kam
41. Datuk Lee Kon Yin
42. Loh Koi Pin
43. Teh Kim Po
44. Low Kim Mang
45. Lim Yong
46. Yeong Chee Wei
47. Teah Heok Kuin
48. Ong Ka Chuan
49. Ho Cheng Wang
50. Ong Chen Huing
51. Ho You Meng
5 petang: Pencalonan ditutup.
4.58 petang: Bekas Ahli Jawatankuasa Pusat (CC), Alex Wong Siong Hwee dan ahli veteran yang juga bekas Ahli Parlimen Serdang, aqDatuk Yap Pian Hon menyerahkan borang pencalonan mereka untuk jawatan naib presiden.
4.54 petang: Pengerusi Bahagian MCA Wangsa Maju, Datuk Yew Teong Look menyerahkan borang pencalonan untuk jawatan naib presiden.
4.35 petang: Ahli CC, Gan Ping Sieu menyerahkan borang pencalonan untuk jawatan naib presiden.
4.28 petang: Penyandang, Datuk Seri Ong Tee Keat menyerahkan borang pencalonan untuk mempertahankan jawatannya.
4 petang: Tan Sri Ong Ka Ting menyerahkan borang pencalonan untuk merebut jawatan presiden.
4.15 petang: Timbalan Menteri Kewangan dan bekas Ahli CC, Datuk Chor Chee Heung menyerahkan borang pencalonan untuk jawatan naib presiden.
3.30 petang: Menteri Kesihatan yang juga bekas naib presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyerahkan borang pencalonan untuk jawatan timbalan presiden.
3.20 petang: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga bekas naib presiden, Datuk Seri Kong Cho Ha menyerahkan borang pencalonan untuk jawatan timbalan presiden.
2.59 petang: Ketua MCA Negeri Sembilan dan bekas Ahli CC, Senator Datuk Dr Yeow Chai Thiam menyerahkan borang pencalonan untuk jawatan naib presiden.
2.48 petang: Bekas Naib Presiden, Datuk Donald Lim Siang Chai menyerahkan borang pencalonan untuk jawatan naib presiden.
2.25 petang: Bekas Ahli CC, Edward Khoo Keok Hai menyerahkan borang pencalonan untuk jawatan naib presiden.
2.05 petang: Bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyerahkan borang pencalonan untuk merebut jawatan presiden.
1.53 petang: Bekas Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menyerahkan borang pencalonan untuk jawatan naib presiden.
1.20 petang: Timbalan Setiausaha Agung, Datuk Loke Yuen Yow menyerahkan borang pencalonan untuk jawatan naib presiden.


