suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

60 Kolej Swasta Dibatal Pendaftaran

TEMERLOH: Sebanyak 60 kolej swasta dibatalkan pendaftaran mereka sejak tiga tahun lepas, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata pembatalan pendaftaran itu antaranya kerana kolej terbabit gagal menyediakan pensyarah atau tenaga pengajar yang cukup dan tidak menyediakan prasarana serta peralatan pembelajaran yang ditetapkan, yang menyalahi syarat yang ditetapkan kementerian itu.

"Kita tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana kolej yang melanggar syarat dan kementerian sentiasa memantau setiap perjalanan kolej swasta.

"Jika didapati melanggar syarat yang ditetapkan, kita akan bertindak tegas membatalkan pendaftarannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh ke-37 Peringkat Zon Timur di Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Temerloh di sini.

Saifuddin berkata ketika ini terdapat lebih 300 buah kolej swasta berdaftar dan beroperasi di seluruh negara. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain