suria

Mufti P.Pinang Jelaskan Isu Murtad Oleh Pelaku Buang Anak Dan Bunuh Zuriat

KUALA LUMPUR: Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad hari ini menjelaskan bahawa pelaku yang membuang dan membunuh bayi mereka hanya akan terkeluar dari Islam jika mereka beriktikad bahawa ia adalah halal.

Beliau berkata iktikad bermaksud dengan yakin beranggapan bahawa perbuatan haram yang dilakukan itu adalah halal dan secara tidak langsung mereka telah murtad atau terkeluar dari Islam.

"Jika ia telah disepakati oleh para ulama dan diketahui umum bahawa perbuatan membunuh itu haram tetapi pelakunya dengan yakin beranggapan ia adalah halal, ia boleh membawa seseorang itu kepada murtad," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata jika pesalah yang melakukan pembunuhan tetapi tidak beriktikad sedemikian maka mereka menanggung dosa besar.

Semalam, Hassan menjelaskan perbuatan membunuh terutama zuriat sendiri oleh mereka yang siuman dan bukan cacat akal amat ditegah oleh agama Islam dan diketahui ia merupakan dosa besar hanya disebabkan oleh gagal mengawal emosi.

Beliau turut menasihati golongan muda supaya mendalami ilmu dan berpegang kepada ajaran agama Islam supaya tidak terus hanyut dengan nafsu muda.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain