suria

MBI Kaji Kawasan Tanah Jerlus

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan menjalankan kajian bagi membantu pemilik rumah yang dikenalpasti terletak di kawasan ancaman tanah jerlus.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim berkata kajian akan dilakukan oleh Bahagian Kejuruteraan dan Arkitek MBI.

Beliau berkata masalah tanah jerlus di Ipoh sering berlaku di beberapa kawasan terutama kawasan perkampungan yang dibangunkan di bekas tanah lombong bijih timah.

"Tanah jerlus ini adalah biasa di Ipoh terutamanya di kawasan (Kampung) Manjoi, kita biasa alami namun keadaan jerlus di dalam bahagian rumah jarang berlaku," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Juara Rakyat di Kampung Cempakasari di sini pada Sabtu.

Ancaman tanah jerlus di Ipoh dan sekitarnya dilaporkan berpunca daripada struktur tanah yang berbatu kapur.

Dalam perkembangan lain, Roshidi berkata MBI telah meluluskan peruntukan sebanyak RM700,000 bagi meningkatkan prasarana tiga buah kampung iaitu Kampung Temiang, Kampung Sri Kinta dan Kampung Cempakasari.-BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain