suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

20 Pelayan Pelanggan Ditahan Di Johor Jaya

JOHOR BARU: Seramai 20 wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan berasingan di dua kelab malam di Taman Johor Jaya oleh Jabatan Imigresen di sini malam tadi.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor, Abdul Aziz Mat Sab berkata, kesemua 19 warga Filipina dan seorang warga Indonesia berusia antara 23 hingga 36 tahun itu, ditahan dalam 'Ops Sayang' yang bermula 9.30 malam kerana disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral.

"Wanita-wanita itu didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka," katanya.

Mereka ditahan mengikut Peraturan 39 (b) Akta Imigresen 1959/1963 kerana melanggar syarat permit dan kini ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian, selama 14 hari.

Beberapa orang pelanggan turut ditahan tetapi dilepaskan selepas keterangan mereka diambil. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain