suria

Kastam Rampas Rokok Astro Bernilai Lebih RM1 Juta

LAHAD DATU: Kastam di sini berjaya merampas rokok berjenama Astro bernilai lebih RM1 juta termasuk cukai yang cuba diseludup masuk dari negara jiran ke Sabah melalui perairan Kunak.

Pengarah Kastam Sabah, Datuk Md Yusop Mansor berkata, rokok bernilai RM200,000 dengan cukai tidak berbayar sebanyak RM837,500 itu dirampas dari sebuah bot laju kira-kira jam 11.38 malam 16 Disember lalu di sekitar Pulau Adal, Semporna.

"Selepas mengejar bot berkenaan selama 20 minit, pihak Kastam berjaya memintas bot itu dan menahan empat orang lelaki di atas bot itu termasuk juragannya," kata Md Yusop kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut, Md Yusop kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Sementara itu Md Yusop berkata, sepanjang tahun 2009, Kastam Lahad Datu berjaya merampas pelbagai jenis barangan seludup termasuk rokok dan minuman keras bernilai lebih RM2 juta, tidak termasuk cukai. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain