suria

Anugerah Fotografi bagi menghargai warga media

KUALA LUMPUR: Umno akan menganjurkan Anugerah Fotografi pada Perhimpuan Agung Umno ke-59 bagi menghargai hasil kerja warga media massa yang terlibat dalam majlis tersebut dari 13 hingga 16 Oktober ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Setiuasaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh dalam sidang media selepas memberi taklimat kepada wakil-wakil media sempena perhimpunan Agung Umno di Menara Dato' Onn di sini pada tengah hari Isinin.

Pertandingan tersebut dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu, penulisan artikel akhbar dan online (Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan Tamil, kedua kategori audiovisual (televisyen dan radio) dan foto.

Bagi kategori foto ia dibahagikan kepada kategori berikut, gambar kadid (harian), wajah-wajah pemimpin (harian), wajah-wajah persidangan dan keseluruhan.

Bagi pertandingan harian hadiah yang disediakan ialah seperti berikut, tempat pertama, RM 1,500 , tempat kedua RM 1,000 dan tempat ketiga RM 500.

Sementara bagi kategori keseluruhan pemenang akan menerima hadiah seperti berikut, tempat pertama, RM 3,000, tempat kedua RM 2,000 dan tempat ketiga RM 1,000.

Syarat-syarat pertandingan ialah semua bahan yang dihantar untuk pertandingan mestilah diambil dari 13 hingga 16 Oktober 2009 sahaja dan ia mesti disiarkan di media masing-masing.

Tema pertandingan ialah pemimpin dan masyarakat dan keputusan pengadil adalah muktamad.

Hadiah bagi pemenang setiap kategori akan disampaikan pada Malam Penghargaan Media Massa 2009 yang akan diadakan pada 24 Oktober ini di Dewan Tun Razak Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Majlis tersebut diadakan bagi merapatkan hubungan antara kepimpinan Umno dengan pihak media massa.

Artikel Lain