Tunggu keputusan ROS sebelum bertindak - Murugiah - Semasa | mStar

Tunggu keputusan ROS sebelum bertindak - Murugiah

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T. Murugiah berkata beliau sedang menunggu keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengenai rayuannya terhadap keputusan ROS yang mengesahkan pemecatan keahliannya daripada Parti Progresif Penduduk (PPP) sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Murugiah berkata beliau menghormati keputusan ROS dan telah membuat rayuan terhadap keputusan itu pada Ogos lepas, yang antara lain turut mengisytiharkan mesyuarat luar biasa yang diadakannya tidak sah, selain mengisytiharkan Datuk M. Kayveas kekal sebagai Presiden parti yang sah.

Murugiah sebelum ini dipecat daripada anggota Majlis Tertinggi parti oleh Lembaga Disiplin PPP kerana didakwa melakukan pelbagai kesalahan, dan beliau kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai presiden baru PPP selepas mengadakan mesyuarat agung luar biasa di Putrajaya pada Mei lepas.

Kayveas pula mengekalkan jawatannya sebagai presiden parti tanpa bertanding pada mesyuarat agung PPP ke56 pada 30 Mei lepas.

Pada sidang akhbar mengenai masa depannya beserta para penyokongnya di sini hari ini, Murugiah berkata beliau bersama para penyokongnya yang didakwanya berjumlah kira-kira 157,000 orang berhasrat menyertai sebuah daripada parti komponen Barisan Nasional (BN).

Beliau, yang enggan menamakan parti komponen BN itu, berkata mereka akan memutuskan sama ada untuk menyertai parti itu dalam tempoh dua bulan ini, dan tidak akan menyertai parti pembangkang walaupun ada menerima tawaran daripada mereka kerana prinsip mereka adalah untuk menyokong parti komponen BN.

Walaupun tanpa parti, Murugiah berkata beliau dan penyokongnya akan turut membantu BN berkempen dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan 11 Okt ini.

Mengenai kenyataan Kayveas pada 17 Sept lepas yang mahukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melucutkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana tidak mewakili manamana parti, Murugiah berkata beliau akan mengekalkan jawatannya itu selagi tidak menerima arahan daripada Perdana Menteri. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain

Wenger dapat tugas baharu di Fifa