suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

A(H1N1): Tiada kematian sejak Jumaat lepas

KUALA LUMPUR: Tiada kematian dicatat sejak Jumaat lepas akibat jangkitan Influenza A(H1N1), menjadikan jumlah kematian kekal 74 orang sehingga kini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata sejumlah 68 pesakit baru dengan gejala penyakit serupa influenza (ILI) dimasukkan ke hospital telah direkodkan.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata daripada 881 kes ILI yang sedang dirawat di 99 hospital termasuk sembilan hospital swasta, sebanyak 162 pesakit atau 18.5 peratus terdiri daripada mereka positif H1N1.

"Daripada 162 kes yang disahkan H1N1, 37 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan dua merupakan kes baru dan 31 kes mempunyai faktor risiko iaitu 12 penyakit kronik, tiga penyakit respiratori kronik, tujuh obesiti, lapan kanak-kanak bawah lima tahun dan satu kes ibu hamil", katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain