suria

Agenda kritikal KPT kini dari 18 ke 21

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kelmarin mengumumkan penambahan tiga lagi agenda kritikal dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) menjadikan kesemuanya 21 agenda.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tiga agenda berkenaan ialah pembelajaran elektronik, graduate business school serta pusat kecemerlangan.

"Kalau dahulu kita perkatakan mengenai 18 agenda kritikal tetapi sekarang kita tambah menjadi 21 (agenda)," katanya dalam ucapan pada majlis berbuka puasa bersama media di sini kelmarin.

Jelas beliau, pertambahan agenda tersebut merupakan usaha yang dilakukan oleh pihak kementerian untuk melakukan transformasi dalam sektor pengajian tinggi negara.

Tambah Mohamed Khaled, Bidang Keberhasilan Utama (KRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) menjadi asas bagi memastikan projek agenda kritikal ini mencapai matlamatnya selaras dengan hasrat bagi melakukan transformasi dalam sektor pengajain tinggi negara.

"Jika kita berjaya melaksanakan maka usaha kita untuk melihat tranformasi sektor pengajian tinggi akan dapat kita capai," katanya.

Kesemua 18 agenda yang telah digariskan sebelum ini ialah autonomi kepada universiti, kepimpinan, akademia, pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pembanguan (R&D), pengantarabangsaan, kebolehpasaran graduan dan apex.

Selain itu turut digariskan ialah mybrain15 (menambah graduan PhD), pembelajaran sepanjang hayat, audit akademik, pembiayaan pelajar (PTPTN), IPTS, tabung pembangunan modal insan, sistem penyampaian KPT, pembangunan holistik pelajar, politeknik dan industri dan akademia-industri.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain