suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taib Mahmud menang tanpa bertanding Pengerusi PBB cawangan Balingian

SIBU: Ketua Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menang tanpa bertanding jawatan pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan Balingian pada persidangan perwakilannya di Pusat Sivik Mesra di Mukah, dekat sini semalam.

Turut menang tanpa bertanding ialah timbalannya yang juga bekas Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Muhammad Leo Micheal Toyad, yang juga anggota Parlimen Mukah.

Menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris, Eastern Times hari ini, Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, yang juga Menteri Perumahan negeri mewakili Taib pada majlis penutupan persidangan itu.

Abdul Yakub Arbi dipilih setiausaha cawangan itu. Bagi sayap Wanita, Jaidah Bujang dipilih sebagai pengerusi dan dibantu Jasni Ramli.

Bagi sayap Pemuda, Ryandi Teckin menang tanpa bertanding bagi jawatan ketuanya manakala Karnain Mohd Ali dipilih timbalan ketua. Raymund Tanin dipilih sebagai setiausaha.

Dalam ucapan alualuannya pada persidangan itu, Dr Toyad berkata cawangan itu menyokong Taib untuk terus kekal sebagai pengerusi, sebagai presiden PBB dan sebagi ketua menteri.

Abang Johari, semasa menyampaikan amanat Taib, berkata semua anggota parti perlu kekal bersatu untuk memastikan ia terus kukuh lebihlebih lagi dalam menghadapi cabaran lebih besar dalam memacu gelombang kedua pembangunan negeri.

Katanya mereka tidak harus melibatkan diri dalam politik berpuak tetapi perlu memainkan peranan bersama-sama "dalam menentukan hala tuju parti agar terus relevan dengan perubahan landskap ekonomi negeri selaras dengan hasrat Sarawak untuk menjadi sebuah daripada negeri termaju di negara ini". BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain