suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

6,804 calon pelatih PLKN yang ingkar tak akan terlepas

BIDOR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, seramai 6,804 pelatih yang didapati ingkar menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada sesi latihan baru-baru ini tidak akan terlepas daripada program tersebut sebaliknya mereka akan disenaraikan pada pengambilan akan datang awal tahun depan.

Beliau berkata, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) tidak lagi memberikan kelonggaran dan para peserta yang masih ingkar untuk menjalani PLKN sesi akan datang perlu menjalani Perintah Khidmat Masyarakat tidak melebihi 240 jam selaras dengan pindaan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628) yang dibentangkan pada persidangan Parlimen lepas.

“Walaupun kerajaan telah bersetuju menggantikan hukuman penjara dan denda kepada pelatih-pelatih yang disabitkan kesalahan di bawah akta ini dengan Perintah Khidmat Masyarakat tersebut tapi saya mengharapkan tidak ada yang ingkar.

"Tapi kepada mereka yang ingkar, mereka tetap tidak akan terlepas," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian penutup PLKN Siri 6/2009 di Kem PLKN Nilam Ehsan di sini, Jumaat.

Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil turut hadir pada majlis tersebut.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan menghantar misi bantuan gempa bumi di Pulau Jawa seperti mana misi bantuan yang dihantar ketika tsunami di Aceh dan gempa bumi di Yogyakarta sebelum ini.

“Kali ini oleh kerana kita merasakan bahawa pihak Indonesia sendiri mempunyai cukup kelengkapan, tenaga dan juga kemampuan kewangan untuk menyelesaikan masalah gempa bumi di Jawa khususnya di Tasikmalaya, kita memutuskan untuk tidak menghantar pasukan kita.

“Daripada pengalaman saya terlibat dalam kedua-dua misi sebelum ini, apabila kita pergi ke sana (Aceh dan Yogyakarta) kita diterima oleh masyarakat dengan cukup baik tetapi kita merasa bahawa sensitiviti pemerintah pusat provinsi dan wilayah harus juga dijaga,” katanya.

Beliau menambah, ATM bagaimanapun sedia menghulurkan bantuan pada bila-bila masa sekiranya ada permintaan daripada kerajaan Indonesia untuk membantu mangsa gempa di Pulau Jawa itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

37 warga asing ditahan di Kg Ladang

Artikel Lain