suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sasterawan terkenal Sabah Amil Jaya meninggal dunia

KOTA BELUD: Sasterawan Negeri Sabah Datuk Ismail Abbas atau lebih dikenali sebagai Amil Jaya meninggal dunia di kediamannya di Tamparuli semalam akibat serangan jantung.

Jenazahnya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Pirasan dekat sini hari ini.

Allahyarham Ismail, 69, meninggalkan seorang balu Datin Mariam Abu Bakar dan enam orang anak.

“Sebelum menghembuskan nafas terakhir, ayah mengadu sesak nafas pada kirakira 3.50 petang dan meninggal dunia pada 4.20 petang,” kata anak sulung beliau, Abdul Samad.

Ismail merupakan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sabah dari tahun 1990 sehinggal beliau bersara pada 1994.

Allahyarham adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1982.

Dalam bidang kesusasteraan, beliau aktif menulis puisi, cerpen, novel dan esei kritikan. Novel beliau yang terkenal ialah Cerah (DBP,1976), Ngayau (DBP 1979) dan Bogaton (DBP,1987).

Allahyarham merupakan penerima Anugerah Sasterawan Negeri Sabah pada tahun 1990 dan penerima SEA Write Award pada tahun 1992 dari kerajaan Thailand.

Ismail pernah menjadi Yang Dipertua Badan Bahasa Sabah (BAHASA) dan anggota jawatankuasa Gabungan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA).BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain