suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

30 demo depan banglo Guan Eng

GEORGE TOWN: Ketika usaha-usaha terakhir sedang dijalankan untuk menghalang Kg. Buah Pala, Pulau Pinang daripada dirobohkan, kemungkinan esok, kira-kira 30 penduduk kawasan berkenaan berpiket di hadapan banglo sewa Ketua Menteri Pulau Pinang di Jalan Pin Horn Road.

Kumpulan yang membawa lilin dan sepanduk berpiket sejak pukul 7.30 malam tadi.

Mereka bersurai kira-kira 40 minit kemudian selepas diarahkan oleh polis.

Kumpulan itu mahu kampung berkenaan diselamatkan.

Kerja-kerja merobohkan Kg. Buah Pala tidak dilakukan hari ini sebagaimana dijangkakan sebelum ini.

Pengerusi Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Pulau Pinang, Abdul Razak Mansor berkata, penduduk kampung berkenaan diberikan tempoh sehingga esok untuk mengosongkan rumah mereka.

Kerja meroboh rumah di Kampung Buah Pala ditangguh esok

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain