suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan bayar pampasan RM7 juta untuk kes kecuaian perubatan

KUALA LUMPUR: Sejak 2007 hingga kini, kerajaan telah membayar pampasan sebanyak RM7 juta kepada pesakit akibat kes kecuaian perubatan di hospital kerajaan.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata jumlah bayaran pampasan sebanyak RM7 juta itu masih dianggap kecil berbanding negaranegara yang lain.

Kementerian Kesihatan, katanya, menerima purata aduan kes kecuaian oleh kakitangan perubatannya antara lima hingga lapan kes sebulan dalam tempoh yang sama.

Kebanyakan kes aduan kecuaian itu terus dibawa ke mahkamah, dan ini sebenarnya menjejaskan kredibiliti dan imej doktor itu, di samping menambahkan beban dan tekanan terhadap pengamal perubatan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Penyelesaian Alternatif Pertikaian (ADR) Kecuaian Perubatan 2009 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak di sini hari ini.

Beliau berkata sebenarnya, selain daripada membawa kes itu ke mahkamah, terdapat pilihan lain bagi menyelesaikan isu itu, iaitu melalui ADR yang merangkumi timbang tara, pengantaraan, pendamaian dan perundingan.

"Masyarakat sebenarnya masih kurang tahu mengenai kaedah ini yang mana ia lebih jimat, cepat, mudah, dibuat secara profesional tanpa mengaibkan manamana pihak. Ia lebih kepada situasi menangmenang," katanya.

Beliau berkata menerusi kaedah itu, pesakit dan doktor yang didakwa melakukan kecuaian akan dibawa berbincang bersama seorang pengantara atau orang tengah yang bertanggungjawab memberi cadangan penyelesaian kes untuk dipersetujui oleh keduadua belah pihak.

"Perbincangan itu pula akan diadakan secara tertutup tanpa dihebahkan kepada media bagi menjaga nama baik pesakit dan doktor malahan tiada peguam diperlukan dalam kaedah ini," katanya.

Rosnah berkata kementerian dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) sentiasa mengamalkan kaedah ini untuk berbincang kerana ada kes yang dilaporkan bukan atas sebab kecuaian seperti yang didakwa pesakit. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain