suria

AKIM umum bertanding di Manek Urai

KOTA BAHARU: Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) mengesahkan akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai yang kosong berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu.

Presiden AKIM, Hanafi Hamat berkata beliau sekali lagi mempertaruhkan nasibnya untuk bertanding di Manek Urai selepas kecundang pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh, Ogos tahun lalu.

Hanafi hanya meraih 92 dalam pilihan raya itu yang dimenangi Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya dengan ini sekali lagi akan bertanding mewakili AKIM pada pilihan raya kecil Manek Urai bagi memberi pilihan kepada pengundi untuk membuat pemilihan siapa wakil mereka di kawasan ini," kata Hanafi kepada Bernama di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya dilapor akan bermesyuarat esok untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian di Manek Urai.

Ismail, 60, meninggal akibat sakit jantung. PAS menguasai kerusi Manek Urai selama lima penggal berturut-turut sejak pilihan raya umum 1986. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain