suria

13 tahanan ISA sudah bebas, Uthayakumar mahu terus "bersuara"

SALAH seorang pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar, 47, yang dibebaskan daripada tahanan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ketika, di luar Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting, Taiping petang tadi. - foto The Star oleh SAIFUL BAHRI

TAIPING: Tiga pemimpin kumpulan haram, Hindraf bersama 10 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang lain dibebaskan dari Kem Tahanan Kamunting di sini semalam.

Tiga pemimpin Hindraf itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kota Alam Shah, M. Manoharan, 48, K. Vasantha Kumar, 36, dan P. Uthayakumar, 47.

Manoharan dan Vasantha Kumar dibawa keluar kirakira 2.30 petang dalam dua buah kereta berasingan manakala Uthayakumar dibawa keluar pada 2.55 petang.

Sebelum itu pada 12.40 tengah hari, sekumpulan tahanan dibawa keluar dengan sebuah van Jabatan Imigresen manakala kumpulan kedua dibawa dengan sebuah van tanpa tanda yang diiringi beberapa buah kereta polis pada 1.20 tengah hari.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan 13 tahanan ISA termasuk tiga pemimpin kumpulan haram Hindraf itu akan dibebaskan.

Tahanan yang lain terdiri daripada Zulkepli Marzuki, Jeknal Adil, Admi Pindatun selain dua tahanan warga negara Indonesia iaitu Zainun Rasyid dan Aboud Ghafar Shahril, serta lima tahanan warga negara Filipina terdiri daripada Sufian Salih, Hasim Talib, Abdul Jamal Azahari, Yusof Mohd Salam dan Husin Alih.

Tahanan lain itu dipercayai terbabit dalam gerakan militan Jemaah Islamiah dan Darul Islam.

Uthayakumar yang menaiki sebuah kereta yang dipandu anggota keluarganya kemudian mengadakan sidang akhbar di tepi jalan luar kem berkenaan.

Peguam yang juga penasihat undang-undang Hindraf itu berkata, beliau tidak akan mematuhi syarat-syarat pelepasan yang dikenakan ke atasnya.

Bagaimanapun, ketika ditanya pemberita mengenai syarat-syarat berkenaan, beliau enggan menyatakannya.

Antara yang berkumpul di luar kem sejak 8 pagi ialah ibu Vasantha Kumar, R. Manomani, 62, dan kakaknya K. Parameswari serta anggota keluarga tahanan Hindraf yang lain serta para petugas media.

BERITA TERDAHULU

13 tahanan ISA dibenar keluar pusat Kamunting

PETALING JAYA: Kesemua 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang dibebaskan, mula keluar dari Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting secara berperingkat-peringkat bermula tengah hari tadi.

Dua pemimpin Hindraf iaitu M. Manoharan dan Vasantha Kumar pula telah dibawa keluar dari pusat tersebut pukul 2.30 petang tadi.

Ketua kumpulan Hindraf, P. Uthayakumar pula keluar dari pusat tahanan Kamunting pada pukul 2.55 petang selepas ditahan lebih 500 hari.

Isteri Manoharan ketika dihubungi sebentar tadi memberitahu mStar Online bahawa "hampir pasti suami saya akan pulang ke rumah hari ini."

Lima rakyat tempatan, sebahagian daripada 13 tahanan ISA terbabit, dikenakan syarat manakala warga asing pula dihantar pulang ke negara masing-masing, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang dipetik oleh The Star.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan, Manoharan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kota Alam Shah dan Vasantha Kumar dibawa keluar dari pusat tahanan Kamunting kira-kira 2.30 petang.

Kedua-dua mereka dibawa berasingan dalam dua buah kereta.

Sebelum itu pada 12.40 tengah hari, sekumpulan tahanan dibawa keluar dengan sebuah van Jabatan Imigresen manakala kumpulan kedua dibawa dengan sebuah van tanpa tanda yang diiringi beberapa buah kereta polis pada 1.20 tengah hari.

Semalam Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan seramai 13 tahanan ISA termasuk tiga pemimpin Hindraf iaitu P. Uthayakumar, Manoharan dan Vasantha, akan dibebaskan.

Tahanan yang lain terdiri daripada Zulkepli Marzuki, Jeknal Adil, Admi Pindatun selain dua tahanan warga negara Indonesia iaitu Zainun Rasyid dan Aboud Ghafar Shahril, serta lima tahanan warga negara Filipina terdiri daripada Sufian Salih, Hasim Talib, Abdul Jamal Azahari, Yusof Mohd Salam dan Husin Alih.

Ibu Vasantha, R. Manomani, 62, dan kakaknya K. Parameswari serta anggota keluarga yang lain bersama-sama petugas media berkumpul di luar pintu kem sejak pagi tadi.

Artikel Lain