suria

Bekas Timbalan OCPD Gombak sekali lagi didakwa rasuah

KLANG: Bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak yang dituduh rasuah di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan Kuala Lumpur pada Januari dan April lepas, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan meminta rasuah berjumlah RM65,000 daripada seorang suspek yang disyaki terlibat dalam sindiket potong kereta, dua tahun lepas.

Supt Abd Karim Abu Hassan, 55, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datin Anita Harun.

Abd Karim didakwa meminta rasuah wang tunai RM65,000 daripada Lim Ching Jing, 38, sebagai dorongan baginya yang ketika itu Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak supaya tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Lim yang disyaki terlibat dalam sindiket potong kereta.

Abd Karim yang kini bertugas di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, didakwa melakukan kesalahan itu di rumah beralamat No: 136, Jalan Kenangan, Rumah Murah 3, Pekan Meru di sini pada Mei 2007.

Di mahkamah yang sama, seorang pembantu kedai menjual peralatan elektrik, Soo Chong Man, 40, yang dipercayai orang perantara dalam kes itu turut mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang sama yang dibacakan secara berasingan.

Soo didakwa meminta rasuah wang tunai RM65,000 daripada Lim sebagai dorongan untuk Abd Karim melakukan perkara yang sama di tempat dan tarikh yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 10 (a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta yang sama yang membawa hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda sekurangkurangnya lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nurul Eylia Yunos mencadangkan agar keduadua mereka diikat jamin RM5,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Beliau turut memohon agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk dibicarakan bersamasama kes yang mereka hadapi di mahkamah itu.

Peguam Santha Kumari yang mewakili Abd Karim dan peguam C.N.Sritharan yang mewakili Soo bagaimanapun memohon agar mahkamah tidak menetapkan sebarang jaminan dengan mengambil kira bahawa anak guam mereka telah diikat jamin bagi kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan Kuala Lumpur yang turut melibatkan pengadu serta transaksi yang sama.

Setelah mendengar hujahan mereka, Hakim Anita kemudian membenarkan permohonan keduadua peguam itu dengan tidak menetapkan sebarang jaminan ke atas Abd Karim dan Soo. Beliau turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan menetapkan Rabu ini (6 Mei) untuk sebutan semula kes di mahkamah itu.

Pada 21 April lepas, Abd Karim dan Soo masingmasing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan menerima rasuah berjumlah RM75,000 daripada adik Lim, Kin Lan sebagai dorongan untuk tidak mengambil sebarang tindakan undangundang terhadap Lim yang disyaki terlibat dalam sindiket potong kereta.

Mereka didakwa menerima rasuah itu melalui sebuah akaun Maybank bagi tujuan berkenaan di Maybank Cawangan Segambut, Jalan Segambut Pusat, di sini pada 30 Mei 2007.

Sebelum itu pada 7 Jan lepas, Abd Karim dan Soo masingmasing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan meminta suapan RM10,000 daripada Lim sebagai dorongan bagi melakukan perkara yang sama di Restoran Old Town White Coffee di No. 2 dan 4, Jalan SJ 6, Taman Selayang Jaya, Gombak dekat sini, pada pukul 5 petang, 19 Sept 2007. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain