suria

Guang Eng belum mahu komen isu letak jawatan Fairus

SINGAPURA: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng belum mahu memberi sebarang ulasan terhadap isu peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti dari parti Keadilan Rakyat.

"Adalah tidak wajar untuk saya memberikan sebarang komen tentang perkara ini ketika berada di luar negeri. Tunggulah apabila saya pulang ke Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika menghadiri Forum ASEAN dan Asia Kedua anjuran Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura.

Mohamad Fairus semalam mengumuman peletakan jawatannya sebagai Adun Penanti, yang sekaligus memungkinkan pilihan raya kecil diadakan di kawasan tersebut.

Pada 21 Mac lepas, beliau turut meletak jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Beliau kini sedang disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atas dakwaan penyelewengan berkaitan aktiviti sebuah kuari di Seberang Perai dan dijangka dihadapkan di mahkamah pada bilabila masa. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain